Khazanah Islam Biografi Singkat Ulama Thawalib: *Mawardi Muhammad*

Ulama besar ini dilahirkan di Bulaan Kamba, Kubang Putih pada hari Jumat, 10 Oktober 1913H bersamaan 9 Zulkaedah 1331M. Beliau adalah anak sulung dari empat bersaudara, Syamsu, Husainah dan Jalisah. Ayahnya, Muhammad berasal dari suku Salayan Chaniago, merupakan seorang saudagar kain di Bukittinggi. Manakala ibunya, Khuzaimah berasal dari suku Simabur, merupakan seorang ibu rumah tangga. Keduanya berasal dari daerah yang sekarang dikenali sebagai Bulaan Kamba, Nagari Kubang Putih, Kecamatan Banuhampu, Kabupaten Agam, Sumatera Barat (Yasminar dan Rusyda, 2011).

Sebagaimana dua orang gurunya yang juga tamatan dalam negeri, Engku Mudo dan Zainal Abidin Ahmad, menulis karya-karya besar dalam bidang fikih dan usul fiqh berbahasa Arab serta ilmu tata negara dalam Islam, maka beliau turut melahirkan puluhan karya berbahasa Arab, utamanya dalam bidang hadis.
Di antara karya-karya beliau itu ialah Risalah Cara Puasa Nabi Muhammad (1934); Hidayah al-Bahith fi Mustalah al-Hadith (1936); Jawahir al-Ahadith al-Nabawiyah (1937); al-‘Arud al-Wadihah (1939); al-Usul al-Nahwiyyah (1942); Sabil al-Zarf fi ‘Ilm al-Sarf (1947); al-Ahadith al-Mukhtarah, juz 1-3 (1951); Ilmu Mushthalah Hadits (1957); ‘Ilm al-Tafsir (1966); al-Ahadith al-Mukhtarah wa Sharhuha, juz 3-6 (1970); Ilmu Faraidl-Fikhi Mawarits (1982); Fi Ma’rifah al-Fasahah wa al-Balaghah (t.th); dan Ma’ani al-Hadith (t.th).

Sebagai pendidik di serata perguruan, tidak mencengangkan bila beliau mempunyai murid-murid yang ramai. Antaranya yang terkenal ialah Prof. Dr. Ali Hasjmi, Prof. Dr. Mansur Malik, Prof. Dr. Amir Syarifuddin, Prof. Dr. Duski Samad, Prof. Dr. Tamrin Kamal, Prof. Dr. Edi Safri, Prof. Dr. Sirajuddin Zar, Prof. Dr. Kurnia Ilahi, Prof. Dr. Rifyal Ka’bah, Prof. Dr. Syaifullah SA, Dr. Syafruddin, Dr. Buchari Mukhtar, Dr. Sabiruddin Juli, Dr. Syari bin Sumin, Ustaz Haji Oemar Bakry (Penulis Tafsir Rahmat), H.S.M Nasaruddin Latif (Bapak BP4 Indonesia), Dahlan Ibrahim (Menteri Negara Urusan Veteran Kabinet Ali Sastromijojo II, 1956-1957), KH. Imam Zarkasyi (Pengasas Ponpes Modern Gontor), dan ramai lagi. Bahkan mungkin hampir separuh, kalau tidak boleh mengatakan semua professor yang ada di lingkungan IAIN Imam Bonjol sekarang ini adalah bekas anak didiknya. Karena itu, ada benarnya ungkapan Buya Haji Masoed Abidin (2011), “Beliau itu seorang dosen yang luar biasa. Hari ini, justeru ramai dosen yang biasa di luar. Meskipun bukan seorang professor, namun beliau telah ikut melahirkan puluhan professor”.

Buya Mawardi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi hari Jumaat, 30 Desember 1994M bersamaan 27 Rajab 1415H, jam 05.50 WIB, di Rumah Sakit Islam Yarsi, Bukittinggi (Yasminar, 2011). Ulama kharismatik, guru penuh dedikasi dan penulis produktif itu tutup mata dalam lingkungan usia 81 tahun dalam bilangan tahun masihi dan 83 tahun dalam hitungan tahun hijri. Jasadnya dikebumikan di sebelah kiri mihrab Masjid Perguruan Thawalib Padang Panjang.
(Sumber: Jannatul H Anuar, MA)

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s